GDPM Fest 2025 Pacu Transformasi Penjagaan Kesihatan Masa Hadapan PMKS

JOHOR BAHRU, – Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching hari ini melancarkan Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 peringkat negeri Johor, yang bertujuan memperkasa penerapan teknologi masa hadapan dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), khususnya sektor kesihatan.

Program anjuran Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu selaras dengan usaha Kerajaan MADANI memastikan PMKS tidak tercicir daripada arus kemajuan teknologi, sekali gus membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Antara pengisian GDPM Fest 2025 termasuk perkongsian bantuan transformasi penjagaan kesihatan, demonstrasi penyelesaian teknologi masa hadapan, penggunaan teknologi untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, serta pengalaman realiti maya (VR).

Penganjuran program turut mendapat sokongan rakan strategik seperti Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Bank Simpanan Nasional (BSN), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta pelbagai pihak lain.

MCMC turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kesedaran mengenai Guideline on Online Healthcare Services (OHS), yang menekankan penggunaan platform kesihatan masa hadapan secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.

GDPM Fest 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula di Johor Bahru hari ini, diikuti Kuantan, Pahang pada 17 Ogos dan Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Ogos.

Menurut MCMC, inisiatif ini diharap dapat menyokong usaha kerajaan membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan pintar, inklusif dan cekap, demi kesejahteraan komuniti perubatan, PMKS, dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat