Tangguh Kelonggaran Pergerakan Individu Lengkap Dua Dos Gesa MMA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan menangguhkan kelonggaran sekatan pergerakan kepada individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin COVID-19 sehingga jumlah kes positif berkurangan dengan ketara.

Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata sebarang keputusan kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap perlu disokong bukti saintifik dan apa jua kelonggaran perlu diberikan secara adil kepada semua penerima vaksin.

Katanya, kelonggaran membabitkan negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) juga perlu berpandukan data terkini, dengan beberapa negeri berkenaan sedang merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 dan mungkin kembali menepati kriteria Fasa 1 minggu depan.

“Jika keputusan kelonggaran sekatan pergerakan ini berasaskan sains, mengapa perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan kepada individu yang mahu bertemu pasangan dan anak mereka?

DISYORKAN UNTUK ANDA
Kelonggaran individu lengkap vaksin diputus minggu depan – Muhyiddin
Kerajaan perhalusi kelonggaran penerima dos vaksin lengkap
Tangani ‘sekatan’ pembabitan GP swasta beri vaksin
Umum kelonggaran awal supaya rakyat bersedia
“Isunya sama ada benar-benar selamat bagi penerima dos lengkap vaksin melakukan perjalanan rentas negeri atau tidak.

“Jika selamat, semua penerima dos lengkap vaksin perlu dibenarkan melakukan perjalanan rentas negeri, dan jika tidak selamat, tiada siapa pun wajar diberikan kebenaran itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Subramaniam berkata, kerajaan juga tidak boleh berpandukan jumlah kes harian semata-mata dalam memutuskan kelonggaran itu, sebaliknya perlu meneliti kriteria lebih penting iaitu penggunaan katil hospital dan situasi di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.

Katanya, Malaysia mungkin tidak akan mencapai sifar kes COVID-19 dalam waktu terdekat, namun dengan peningkatan jumlah penerima vaksin, jumlah pesakit COVID-19 yang serius akan menunjukkan trend penurunan seawal hujung bulan ini.

“Kami berharap kerajaan akan memaklumkan maklumat terkini kadar positif dan status penggunaan katil dan ICU di setiap negeri kerana ia adalah indikator lebih penting, selain jumlah kes harian.

“MMA juga berharap maklumat terkini berkaitan status vaksinasi bagi kumpulan berisiko tinggi dalam fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini kerana sebarang kelonggaran sekatan perlu juga mengambil kira kumpulan berisiko tinggi seperti petugas rumah penjagaan, pekerja kilang dan pembinaan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, pelajar perubatan dan pekerja asing tidak berdokumen yang belum divaksin,” katanya.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat