Kerja keras 10 tahun Achey berbaloi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerja keras selama 10 tahun dan tabungan sejak mula mengabdikan diri dalam bidang seni menghadiahkan ganjaran tidak ternilai kepada pelawak Achey yang memiliki kediaman impian di Sungai Buloh, Selangor.

Berkongsi foto rumah teres tiga tingkat miliknya, Achey atau nama sebenar, Mohd Nasir Hamzah memberitahu dia, isteri dan anak sudah berpindah ke rumah baharu yang dibeli sebahagiannya daripada hasil wang simpanan serta jualan aset peribadi.

“Selama 10 tahun saya dan isteri mengumpul wang untuk membeli rumah ini. Boleh dikatakan wang simpanan, pelaburan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) milik saya dan isteri, semuanya kering.

“Saya juga menjual empat biji motosikal berkuasa besar untuk membeli rumah ini. Tetapi saya tidak bayar penuh, saya masih berhutang dengan bank.

Achey berkongsi foto kediaman impian yang kini menjadi miliknya di IG. Foto IG Achey
Achey berkongsi foto kediaman impian yang kini menjadi miliknya di IG. Foto IG Achey

“Alhamdulillah, perniagaan banyak membantu kami. Terima kasih kepada doa dan pertolongan ramai orang yang membuatkan impian 10 tahun impian kami tercapai,” katanya kepada BH Online.

Namun, Achey enggan mendedahkan harga rumah yang dibelinya itu.

“Cukuplah saya beritahu rumah saya ada 13 kipas… Perkara lain saya simpan untuk diri sendiri sahaja. Rumah ini bukanlah luas, cuma pengubahsuaian membuatkan ia tampak luas,” katanya.

Dengan rumah yang lebih besar dan selesa, Achey tidak menolak berniat menambah anak.

“Kalau boleh saya mahukan 10 anak, rumah besar-besar takkan kami bertiga saja. Doakanlah rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Achey dan isteri Nor Hasanah Yahya yang berkahwin sejak sembilan tahun lalu, mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah pada 2018.

Achey juga bersyukur restoran yang diusahakan bersama keluarga, akan mula beroperasi mulai 17 Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, Achey bakal tampil dengan single berjudul Sembuh, tidak lama lagi.

“Saya merancang menghasilkan tiga single untuk mencukupkan lagu dalam sebuah album, tahun ini. Sembuh adalah kesinambungan daripada lagu Sakit.

“Insya-Allah, Sembuh akan diperdengarkan tidak lama lagi,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat