Tempat Duduk Blok Tun Mahathir Dalam Dewan Rakyat Akan Diperkemas

- Advertisement -

BATU PAHAT – Tempat duduk Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima lagi Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat akan disusun semula bagi membolehkan mereka berada dalam satu blok, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Mohd Rashid Hasnon.

Katanya pada masa ini tempat duduk bekas perdana menteri itu dan lima lagi Ahli Parlimen yang bersama-sama beliau berjauhan antara satu sama lain, sekali gus menyukarkan kumpulan enam Ahli Parlimen Bebas tersebut berbincang tentang isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat.

“Jika kita perhatikan sekarang ini Ahli Parlimen Langkawi (Dr Mahathir) berada di bahagian depan dan kedudukannya dengan lima lagi yang lain agak berjauhan.

“Jadi kita akan tempatkan semula mereka agar dapat duduk di satu tempat yang berhampiran,” katanya pada sidang media selepas perasmian Program Jom Kerja Parlimen Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Batu Pahat hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Johor Tong Sing Chuang dan Pengurus Perkeso Batu Pahat Suhara Mustaffa.

Mengulas lanjut, Mohd Rashid berkata ketika ini kumpulan enam Ahli Parlimen Bebas tersebut didapati sering terlepas peluang untuk mengutarakan pandangan dengan sesi mesyuarat lazimnya dikuasai Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat