Wings jayakan konsert virtual pertama pada 29 Ogos ini

“Mana Dia Mau ‘Curi’ Tanah Begitu Banyak?” – Bung Moktar

LAHAD DATU: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mempersoalkan janji pemimpin Warisan Sabah untuk memberikan 5 ekar tanah kepada setiap...

Najib Nak Jentik Pemimpin UMNO Lompat Parti

PANTAI MANIS - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau sedia menerima semula pimpinan UMNO yang melompat parti tetapi kepala mereka akan dijentik supaya...

Komander Siber Warisan Bongkar Penipuan Kerajaan Negeri

PANTAI MANIS – Fenomena salah ubah dikalangan penyokong kuat Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin membuak-buak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. Bekas...

MT UMNO, Razlan Rafii Dilaporkan Positif Covid-19 Kata Sumber

Kota Kinabalu - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dilaporkan positif Covid19 selepas berkempen di kawasan parlimen Sipitang. Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar...

Saya Rasa Pinggang Macam Dah Nak Patah Kata Najib

Papar - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata akan tetap membantu jentera Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan dengan jadual...

“SAYA tiada apa-apa kebimbangan untuk menjayakan konsert ini walaupun tahu peminat tiada di depan mata untuk menyaksikannya.

“Berbanding dulu, saya selalu bimbang apabila nak beraksi kerana risau apakah ada orang yang nak menonton atau tidak nanti,” kata vokalis Wing, Datuk Awie.

Ia berikutan kumpulan rock lagenda itu akan terbabit dalam Konsert Kita Merdeka 2020 yang bakal berlangsung pada 29 Ogos ini.

Konsert anjuran Sonic Minds Sdn Bhd dan Firm Motion Sdn Bhd itu turut mencatat sejarah tersendiri buat kumpulan Wings apabila beraksi secara virtual dalam talian menerusi  ‘Live Streaming’ di www.wingskitamerdeka.liveframe.my.

Malah, bagi peminat yang mahu menyaksikan konsert itu boleh membeli tiket RM35 menerusi www.galactix.asia.

Awie ketika ditemui, berkata beliau juga menyerahkan kepada kebijaksaaan penganjur, berkenaan cara penjualan tiket konsert itu yang akan berlangsung lebih satu jam.

“Saya hanya akan memastikan kesihatan terjamin pada hari konsert berkenaan demi peminat yang menontonnya secara santai di rumah masing-masing.

“Sebenarnya kami rasa teruja juga apabila diajak terbabit dalam konsert ini yang julung kali dilakukan oleh Wings.

“Mulanya, saya rasa nak ketawa juga apabila beraksi pada konsert virtual yang bagi kami satu perkara baru dan agak mencabar. Tapi, bila fikir positif kami sedar hidup perlu diteruskan,” katanya.

Menurutnya, penganjur membuat tawaran berkenaan pada Wings sekitar Jun lalu dan mereka menyambutnya dengan hati terbuka.

“Ikutkan tawaran ini dah lambat, tapi Wings kena ambil juga kerana biar kami jadi pembuka jalan dan kemudiannya diikuti kumpulan rock lain.

“Wings sebenarnya pernah juga  terfikir nak buat konsert secara virtual ini dan ada beberapa tawaran yang datang antaranya konsert secara ‘Live Facebook’.

“Tapi, kami tengok pada penganjur juga dan yang ini di dapati ada pengalaman. Mereka pernah buat konsert besar dan ada rekod bagus. Justeru, kita yakin mereka boleh buat dengan baik dan akhirnya terima tawaran ini,” katanya.

Bercerita lanjut Awie berkata, Wings terpaksa membatalkan dan menunda hampir lima persembahan besar mereka akibat pandemik Covid-19.

“Kami sepatutnya menjayakan dua konsert besar Kuala Lumpur dan di Phuket, Thailand serta persembahan majlis makan malam.

“Saya pernah terfikir juga apa nak jadi ni, tapi akur semuanya ketentuan Allah dan kita kena pasrah dengan apa yang berlaku.

“Tapi dalam masa sama, kita kena juga usaha dan jadi lebih kreatif untuk kesinambungan hidup.  Alhamdulillah, kita sekarang dah dapat lepas daripada ketakutan melampau yang mana, dulu nak buat drama dan persembahan pentas pun tak boleh,” katanya.

harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...