Korban Nahas Feri Di Perairan Bali, Indonesia Meningkat Kepada 10

- Advertisement -

JAKARTA: Satu lagi mayat mangsa tragedi feri karam ditemui di Selat Bali pada Jumaat, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 10 orang, lapor Agensi Berita Anadolu (AA) memetik Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas)

“Nelayan tempatan menjumpai mayat itu tersangkut dalam sangkar ikan, kira-kira 500 meter (1.640 kaki) dari pantai,” kata ketua agensi itu Gede Darmada dalam satu kenyataan.

Identiti mangsa telah dikenal pasti, tambahnya.

eliau berkata seramai 51 berjaya diselamatkan dalam kejadian feri KMP Yunice yang karam akhir bulan lalu manakala 16 lagi masih hilang.

Pada 29 Jun, kapal KMP Yunice tenggelam di perairan Selat Bali ketika dalam perjalanan menuju Pelabuhan Gilimanuk di Bali.

Kapal dari Pelabuhan Ketapang, di Jawa Timur itu dilapor hanyut sebelum karam.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat