Jangan ada unsur agama, elok tukar nama Bon Odori – Mufti Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Festival Bon Odori yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, 16 Julai ini sewajarnya tidak diisi dengan unsur keagamaan

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan dua perkara utama kepada penganjur Bon Odori bagi mengurangkan polemik.

“Memastikan isi sambutan festival itu tidak bersifat agama, tidak dimasukkan unsur khurafat atau syirik tertentu dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

“Jika boleh, diberikan nama baru atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat,” cadang beliau.

Tambah Mohd Asri lagi, ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun atau masyarakat Jepun.

Dengan itu katanya, festival dapat diteruskan, dan polemik dapat dikurangkan.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati program itu mempunyai unsur keagamaan.

Poster promosi penganjuran pesta itu juga memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono dan ia mendapat reaksi negatif di media sosial terutamanya dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar tidak menyekat pesta itu.

Malah, Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, dilapor berkata, jabatan itu dititah supaya tidak menghalang mana-mana individu daripada menghadiri program berkenaan.

Justeru, Sultan Selangor menitahkan pegawai Jais dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk hadir ke majlis itu bagi melihat sendiri apa yang berlaku dalam program terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat