Keluarga Malaysia bangga dengan Soh Wai Ching – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada jaguh lari menara negara, Soh Wai Ching atas kejayaannya merampas kembali status nombor satu dunia.

Kata beliau, Keluarga Malaysia amat bangga dengan pencapaian Wai Ching dan berharap akan terus mengekalkan momentum kejayaan ini.

“Tahniah Wai Ching kembali ke status No. 1 dunia!

“Jaguh lari menara negara kebanggaan kita kini mengesahkan statusnya sebagai nombor 1 di dunia selepas mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu,” ucap Perdana Menteri pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menitipkan kata-kata semangat kepada rakyat Malaysia yang agar menjadikan kejayaan Wai Ching sebagai aspirasi.

“Keluarga Malaysia… jadikan kejayaan yang telah diukir oleh ahli keluarga kita sebagai inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya.

Kejayaan itu hadir selepas Wai Ching mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu dengan mendaki 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center.

Menariknya, atlet berusia 27 tahun itu hanya mengambil masa selama 12 minit 46 saat untuk menewaskan pencabarnya di tangga kedua dari AS, Shari Klarfeld (15:53s) yang muncul juara keseluruhan bagi kategori wanita.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat