Tun Mahathir cadang kepada Agong tubuh MAGERAN, tapi yakin PN tak akan setuju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu beliau mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 yakni Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dalam usaha membantu negara mendepani cabaran pandemik Covid-19, ekonomi dan kewangan serta isu sosial.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menolak cadangan yang dikemukakan beliau sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik cadangan penubuhan MAGERAN itu datangnya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bahkan Dr Mahathir juga menawarkan khidmat untuk menyumbang idea dan tenaga jika MAGERAN dilaksanakan seperti yang dicadang beliau.

“Tapi menurut Yang di-Pertuan Agong kalau nak buat MAGERAN ini, kerajaan yang ada sekarang (PN) kena cadang kepada Agong.

“Saya tak yakin kerajaan nak tubuh MAGERAN sebab awal-awal lagi mereka dah kata tak perlukan MAGERAN.

“Hal ini kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kepada Agong bahawa situasi semasa dalam negara seperti pandemik Covid-19 berada dalam keadaan baik, ekonomi, kewangan, politik dan sosial juga baik sedangkan kita tahu hakikat sebenar yang sedang dihadapi negara sehingga dilabel rakyat sebagai kerajaan gagal,” jelas Dr Mahathir pada sesi sidang media atas talian selepas sembah menghadap Agong di Istana Negara.

Ujar Dr Mahathir lagi, MAGERAN 1969 dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjaya menyelesaikan masalah politik apabila mengajak parti lawan menyertai kerajaan malah majlis itu juga telah menstabilkan politik dan ekonomi negara.

“Kami dalam Pejuang dah bincang dengan mendalam masalah dalam negara, malah kami tahu cara-cara untuk selesaikan masalah Covid-19, ekonomi dan kewangan dan juga politik serta sosial.

“Kita ada idea tapi kita di luar kerajaan, jadi sukar untuk melaksana.

“Kerajaan PN mungkin boleh plagiat idea kita, tapi tak tau nak implement,” bidas Dr Mahathir lagi.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat