Selepas jumpa Agong, PAS arah jentera bantu petugas barisan hadapan vaksin rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus memobilisasi usaha membantu petugas barisan hadapan dalam semua inisiatif di bawah program vaksinasi kebangsaan,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang mewakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu antara usaha parti Islam itu seperti melancarkan kempen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

“Saya mewakili Presiden PAS yang kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

“Perbincangan berlangsung hampir satu jam berkisar perkembangan isu Covid-19, darurat dan persidangan Parlimen.

“Tuanku sangat terbuka dan mesra berbincang, namun baginda serius apabila menitahkan hal-hal yang berkaitan kes-kes Covid-19 yang sedang berlaku,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, PAS merupakan sebahagian daripada komponen kerajaan akan terus mendukung pendirian yang diambil untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara hari ini.

“PAS juga telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus memobilisasi usaha membantu petugas barisan hadapan dalam semua inisiatif di bawah program vaksinasi kebangsaan seperti melancarkan kempen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

“Mewakili PAS, saya menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap dan mempersembah maklum pendirian parti,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat