‘Amal gaya hidup sihat, banyakkan amalan’ – Amar Baharin

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Amar Baharin mengajak orang ramai untuk melakukan perkara-perkara baik sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Amar berkata, antara amalan yang boleh dilakukan adalah menghafal surah al-Mulk dan al-Kahfi. “Nasihat saya kepada semua sepanjang ‘lockdown’ ini supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat ketika berada di rumah. Cuba buat sesuatu yang bermanfaat yang mungkin kita jarang dapat buat sebelum ini kerana kekangan masa.

“Contohnya hafal surah al-Mulk dan al-Kahfi, berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa Hari Putih, banyakkan solat-solat sunat seperti tahajjud, witir, dhuha dan hajat. Bagi yang memasak, boleh cuba menu-menu baharu untuk keluarga,” katanya.

Dalam masa sama, Amar yang juga suami pelakon Amyra Rosli terpaksa akur dengan penundaan sesi penggambaran drama Hati Yang Dikhianati (HYD) yang kini ditayangkan menerusi slot Tiara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Keputusan terbabit sekali gus memberi kesan kepada slot jadual siaran drama itu yang juga terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi episod ke-41 dan seterusnya bermula Isnin lalu.

“Agak terkilan kerana terpaksa ditunda. Namun, kami reda dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan supaya kita sama-sama dapat mengawal kadar kebolehjangkitan Covid-19 untuk kebaikan kita bersama.

“Saya mewakili penonton-penonton setia HYD mengharapkan supaya tayangan HYD dapat diteruskan setelah semuanya beransur pulih, insya-Allah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat