Bapa MB Negeri Sembilan Meninggal Pada Usia 103 Tahun

- Advertisement -

PORT DICKSON: Bapa kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 103 tahun akibat sakit tua, semalam.

Harun Selamat yang sudah lama uzur, disahkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pachitan, Chuah, di sini, kira-kira jam 7.40 malam, Selasa, semalam.

Abang kepada Aminuddin, Amin Harun, berkata arwah bapanya sudah menunjukkan petanda awal apabila tidak mahu menjamah nasi sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, beliau berkata, Allahyarham kelihatan gembira dengan kepulangan cucu menziarahinya.

“Keadaan arwah mulai berubah, petang tadi, apabila kelihatan lemah. Justeru, saya merakam video dan menghantarnya kepada adik bongsu (Aminuddin) serta meminta beliau balik jika tidak sibuk.

“Beliau memberitahu akan balik selepas satu program, malam ini, namun tidak sempat kerana arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 malam tadi,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah, terletak tidak jauh dari Kampung Pachitan, jam 10 pagi hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat