Covid-19: Pemeriksaan Mengejut Akan Dilakukan Apabila Sekolah Dibuka Semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak atasan Kementerian Pendidikan termasuk menteri, timbalan menteri dan ketua pengarah akan melakukan lawatan mengejut untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya apabila sekolah dibuka semula.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, selain pemeriksaan mengejut, raptai juga akan dijalankan bagi memastikan prosedur diikuti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Beliau pada masa yang sama memberi jaminan bahawa ibu bapa akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah dua minggu sebelum tarikh itu.

Hang Soon mengakui bahawa masyarakat kini mempunyai perasaan yang bercanggah mengenai pembukaan sekolah dengan berasa bimbang mengenai jangkitan di sekolah, tetapi pada masa yang sama resah bahawa prestasi anak akan terjejas jika sekolah terus ditutup.

“Memang ada suara berbeza semasa kami membuat satu keputusan, kami justeru perlu mencari satu titik keseimbangan,” katanya dalam satu program perbincangan dalam talian anjuran Oriental Daily.

Hang Soon berkata, langkah pertama harus dibuat sebelum pihak berkuasa menilai langkah-langkah seterusnya.

Selain itu, Hang Soon berkata, data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 80 peratus atau hampir 400,000 guru telah melakukan pengajaran melalui Internet manakala 56.7 peratus pelajar atau hampir tiga juta pelajar telah mengikuti pembelajaran melalui Internet.

Katanya, berbanding hanya 1.96 juta pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian pada 23 Mac, jumlah itu telah melonjak kepada 2.99 juta pada 26 Mei.

“Dalam tempoh dua bulan sahaja, jumlah pelajar dalam talian telah bertambah 1.03 juta orang,” katanya.

Ujarnya, sebanyak 132,000 cikgu dan 900,000 murid telah menggunakan Google Classroom.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat