Dua Pekerja Tesla Dilapor Positif Covid-19

- Advertisement -

NEW YORK: CEO Tesla, Elon Musk Yang berkeras mahu membuka semula operasi kilang pengeluarannya di California, disebalik perintah berkurung akibat Covid-19, kini berhadapan masalah bila 2 pekerja kilang tersebut disahkan positif Covid-19.

Menurutnya Washington Post Yang mempunyai maklumat tersebut, 2 pekerja berkenaan disahkan positif setelah operasi kilang itu dimulakan semula. Agensi berita berkenaan dikatakan mendapat maklumat itu dari taklimat yang diberikan oleh pengurusan Tesla kepada kakitangan mereka.

Elok diketahui sangat agresif dalam tindakannya mahu membuka semula operasi Tesla termasuk mengancam untuk memindahkan operasi di Freemont ke tempat lain.

Beliau turut menyifatkan perintah Lockdown bagi menyekat penyebaran Covid-19 ini sebagai tindakan Fasis selain kerap memandang rendah ancaman Covid-19 ini

Malah dia juga bulan lepas mengancam untuk menyaman daerah Alamedia sekiranya Tesla tidak dibenarkan beroperasi semula.

Tesla bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan (2 pekerja mereka dijangkiti Covid-19) – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat