Kontena Disyaki Untuk Israel Disita, Anwar Puji Tindakan Pantas AKPS

JOHOR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan dan menyita sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Kontena berkenaan ditahan pada 7 Ogos lalu berdasarkan maklumat risikan yang diterima AKPS sebelum pemeriksaan dijalankan.

Menurut AKPS, semakan awal mendapati penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No. 15, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023 yang memperuntukkan larangan pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel.

AKPS berkata siasatan lanjut akan dijalankan bersama pihak berkuasa dan agensi berkaitan bagi mengesahkan sifat, spesifikasi, kegunaan serta klasifikasi barangan terbabit.

Siasatan itu turut meliputi penentuan sama ada barangan berkenaan merupakan barangan strategik yang tertakluk kepada kawalan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708] dan perundangan subsidiari berkaitan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam kenyataan di Facebook rasminya mengucapkan tahniah kepada AKPS atas tindakan pantas menyita kontena berkenaan.

Anwar berkata tindakan itu membuktikan ketegasan Malaysia dalam memastikan negara tidak menjadi laluan kepada dagangan yang boleh menyokong atau menyumbang kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

“Tahniah AKPS atas tindakan pantas menyita sebuah kontena yang disyaki membawa muatan dagangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas,” katanya.

Menurut Anwar, tindakan tersebut turut selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Kumpulan The Hague, selain larangan yang telah berkuat kuasa sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel dan kapal yang membawa muatan ke Israel daripada menggunakan pelabuhan negara.

Anwar berkata Malaysia akan terus berpegang teguh kepada prinsip kemanusiaan, keadilan dan undang-undang antarabangsa dalam mempertahankan hak serta maruah rakyat Palestin.
AKPS
Sementara itu, AKPS menegaskan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang melanggar dasar, sekatan dan perundangan negara berkaitan Israel.

Menurut agensi itu, sebarang percubaan mengeksport barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel yang bertentangan dengan undang-undang dan ketetapan kerajaan akan dikenakan tindakan tegas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat