TMJ Taja Rumput ‘Zeon Zoysia‘ Di Stadium Bukit Jalil

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Bukit Jalil.

Rumput baharu yang bakal digunakan di Stadium Bukit Jalil tersebut adalah jenis Zeon Zoysia, iaitu jenis rumput yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim milik kelab Johor Darul Ta’zim.

“Saya telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

”Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.

”Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.” Kata Baginda. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat