Lepas DJ radio, KJ nak jadi ahli muzik pula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas menjadi penyampai radio (DJ) Hot FM, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau mesra dipanggil KJ, 47, berminat menceburi bidang muzik.

Terbaru, KJ berkongsi gambar sedang ‘jamming’ dalam studio, sambil memegang gitar bersama beberapa pemuzik lain dalam Instagram (IG) Story.

Menerusi kapsyen dalam IG, KJ tetap menulis ‘what’s next?’ (apa perancangan seterusnya) dengan emoji ketawa terbahak.

Meskipun begitu, aksinya dalam gambar itu seakan memberi bayangan cukup serius meneruskan hobi berkenaan.

Untuk rekod, KJ agak aktif dan kerap bermain gitar termasuk mengiringi persembahan anak-anaknya.

Bahkan, kemahirannya dalam bidang itu dikagumi ramai dan sentiasa menjadi perhatian.

Terdahulu, KJ memaklumkan akan memulakan tugas sebagai penyampai Bekpes Hot di Hot FM bermula 15 Februari ini.

Sambil berseloroh, KJ bersetuju menerima tawaran kerana tiada pekerjaan, buat masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran berharap pembabitan KJ bakal memberikan impak lebih baik kepada Hot FM, sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Terdahulu, KJ tewas di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), disusuli berita dipecat daripada parti Barisan Nasional (BN), dua minggu lalu.

KJ tidak lagi mempunyai sebarang jawatan di peringkat negara ataupun parti sempat berseloroh bahawa dirinya tidak mempunyai pekerjaan dan hanya menggalas jawatan Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan. – HM Online

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat