KPM Siasat Isu Dakwaan Guru Minta Murid Tukar Agama

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendapatkan maklum balas awal daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung kenyataan video yang tular di Facebook berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan awal bagi mendapatkan kesahihan Video yang tular pada 8 Februari lalu.

“KPM memandang serius terhadap isu yang dilaporkan ini dan menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmoniaan kaum dan negara.

“Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama,” katanya.

Selain itu, KPM juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut.

“KPM tidak akan berkrompomi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat