Sissy Imann tak serik sertai program realiti lagi

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Sissy Imann, 28, tidak serik untuk menjayakan mana-mana program realiti nyanyian yang membabitkan barisan juri selepas ini.

Sissy berkata, banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh penyanyi sepertinya menerusi komen yang diberikan juri dalam pertandingan nyanyian.

“Tiada istilah serik untuk buat program realiti nyanyian yang ada juri selepas kejadian yang berlaku dalam Famili Duo sebelum ini. Sebenarnya, saya memang suka dengan program realiti nyanyian yang ada komen juri.

” Memang bagus untuk kita mendapat teguran daripada juri dalam persembahan. Sama seperti kita belajar di sekolah, guru adalah juri yang menilai prestasi kita,” katanya kepada Harian Metro.

Sissy yang sudah sedekad menceburi bidang nyanyian berkata, dia juga melihat setiap komen juri dalam persembahan dari sudut yang positif.

“Komen yang baik dan membina saya ambil sebagai panduan. Ia terpulang kepada diri kita dan apa yang kita belajar dari komen juri terbabit,”katanya.

Ditanya program realiti nyanyian bagaimana yang dia mahukan selepas ini, kata Sissy, dia belum terfikir ke arah itu.

“Jika ada tawaran untuk buat program realiti nyanyian, saya akan tengok dulu program itu sesuai atau tidak dengan keadaan saya ketika itu. Kalau saya berasa nak buat atau mampu untuk buat, saya akan terima,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat