Caj ATM RM1 akan dirujuk Bank Negara – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Caj RM1 yang dikenakan bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dirujuk kepada pihak Bank Negara (BNM).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan dan pertimbangan daripada pihak BNM berkenaan isu terbabit.

“Apabila timbul isu (berkaitan caj RM1), sudah tentu kita perlu rujuk kepada BNM. Dari situ baru kita boleh dapatkan pandangan dan kesimpulan secara holistik.

“Ini kerana, perkara-perkara ini di bawah kawalan BNM yang mana mereka ada akta sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ‘Kick-Off’ Dialog Strategik: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan pakar-pakar ekonomi menggesa agar caj RM1 transaksi ATM wajar dihapuskan berikutan ia telah lama membebankan pengguna.

Pakar ekonomi, Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mohamed berkata, caj itu pernah dikecualikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan pihak bank masih mampu beroperasi dan mengaut keuntungan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat