Pemudah diperkenal semula rancak perniagaan, industri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) bakal dilaksanakan semula bertujuan mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan dan industri di antara pihak kerajaan dan swasta.

Menteri ekonomi, Rafizi Ramli berkata, platform bersama itu juga mampu menyelesaikan proses dan juga prosedur perniagaan di peringkat kerajaan.

Menurut beliau, platform tersebut sudah bermula lebih kurang 15 tahun yang lalu dan mempunyai kesan yang baik, namun agak perlahan kebelakangan ini.

“Saya telah maklumkan kepada wakil-wakil industri bahawa pentadbiran ini akan memulakan kembali platform pemudah.

“Pemudah ini akan dipengerusikan bersama oleh saya sebagai Menteri Ekonomi dan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd. Zuki Ali) mewakili pentadbiran kerajaan.

“Harapan kami, (inisiatif) ini akan mempercepatkan lagi usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan pasaran yang mesra perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi ‘Kick-Off’ Dialog Strategik: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Jumaat.

Pada sesi dialog, Rafizi berkata, ia merupakan sesi pertama yang diadakan setiap suku tahun selain akan dibawa kawasan luar bandar bagi memastikan tidak ada jurang yang besar di antara dasar dan perlaksanaan ekonomi negara.

“Kesukaran menangani perancangan ekonomi ini ialah melihat kepada jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

“Jadi, saya harap, sesi ini dapat membuka ruang yang baru kepada industri pihak swasta dan kerajaan untuk terus bekerjasama dalam kita memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan kewangan negara kita,” jelasnya.

Mengulas lanjut berkenaan Pemudah, beliau berkata, platform terbabit wajar dilaksanakan semula kerana dari segi kebolehsenangan melakukan perniagaan adalah sangat penting kepada pelabur dan perniagaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat