Samsung lancar siri Galaxy S22

- Advertisement -

Samsung hari ini melancarkan peranti kelas mercu paling dinantikan iaitu Galaxy S22 yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Sebelum ini, wujud khabar angin bahawa peranti kelas mercu itu akan didatangkan dengan Exynos 2200 namun untuk pasaran tempatan, pengguna akan menerima variasi daripada Snapdragon berkenaan.

Untuk Samsung Galaxy S22 berkenaan ia didatangkan dengan tiga variasi berbeza iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra.

Paling menarik adalah peranti itu didatangkan dengan S Pen malah penggunaan pen pintar berkenaan sudah dinaik tarik dengan kadar kelengahan paling minimum.

Menyentuh aspek spesifikasi untuk Galaxy S22 Ultra, ia didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci bersama QHD Dipertingkatkan (QHD+) bersama-sama Dynamic AMOLED.

Untuk memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna, Samsung bijak melakukan padanan paparan dengan teknologi ‘Super Smooth 120hz’ bersama-sama mod permainan 240Hz ‘Touch Sampling’.

Sesuai dengan peranti kelas tinggi untuk variasi Galaxy S22 ini, siri Ultra menggunakan tetapan lensa utama 108 megapiksel lensa sudut lebar.

Menerusi Galaxy S22 Ultra, ia didatangkan dengan tetapan empat lensa iaitu 12MP sudut ultra lebar, dua lensa 10MP telefoto dengan sensor berbeza bersama-sama kamera hadapan 40MP.

Bagi memberi ketahanan bateri, siri Ultra dilengkapi dengan kapasiti 5,000mAh dengan kuasa pengecas pantas 45W.

Dua variasi lagi iaitu Galaxy S22 dan Galaxy S22+ pula masing-masing menggunakan 6.1 inci skrin serta 6.6 inci dengan Definisi Penuh Dipertingkat (FHD+).

Peranti ini menggunakan tetapan keupayaan kamera yang sama iaitu 50MP untuk lensa utama bersama-sama tiga lagi lensa lain.

Kapasiti bateri untuk peranti ini adalah 3,700mAh untuk Galaxy S22 dan 4,500mAh bagi S22+.

Tanda harga bagi Galaxy S22 Ultra bermula pada RM5,099 untuk storan 128GB hingga 512GB berharga RM5,899 manakala warna yang ditawarkan adalah Phantom Black, Phantom Silver, Green dan Burgundy.

Untuk Galaxy S22 pula harga bermula RM3,499 bagi storan 128GB manakala untuk S22+ adalah RM4,099 untuk pilihan storan yang sama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat