Cuma 28 peratus pembalakan, Kelantan ada 72 peratus hutan simpan kekal tak diusik – Mohd Amar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aktiviti pembalakan hanya melibatkan 28 peratus daripada keseluruhan hutan di Kelantan,” kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Malah kata beliau, sektor pembalakan menyumbang pendapatan ketiga selepas cukai tanah dan perkhidmatan.

Menurutnya juga Kelantan mempunyai kira-kira 72 peratus Hutan Simpan Kekal (HSK) yang tidak pernah diusik oleh sebarang aktiviti termasuk pembalakan dan penerokaan bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin.

Mohd Amar menambah, sebahagian besar tanah tersebut dikekalkan bagi memastikan sumber air penduduk, Taman Negara termasuk perniagaan kredit karbon yang bakal memberi pulangan alternatif kepada kerajaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memaklumkan dalam tempoh tiga tahun lagi pokok Eucalyptus sebagai salah satu langkah mengurangkan kebergantungan sumber hasil kerajaan khususnya aktiviti pembalakan dapat dituai hasilnya.

Ujarnya ia berbanding tempoh penuaian hutan biasa sehingga 25 tahun, penanaman pokok tersebut mampu ditebang dalam tempoh yang singkat iaitu tujuh tahun sahaja.

Katanya projek perintis tersebut ditanam di kawasan seluas 30 hektar di Hutan Simpan Sungai Betis di Gua Musang dekat sini, melibatkan 21,000 anak pokok, di mana satu hektar mampu memuatkan sehingga 700 pokok.

“Sekarang kita dalam usaha untuk mengatasi kebergantungan kepada hasil hutan, jadi kita laksana tanaman pokok Eucalyptus untuk jadikan projek perintis.

“Kita buat kerjasama dengan pelbagai pihak, setakat ini nampak pokok tersebut tumbuh dengan baik,” katanya memetik Harakah Daily di Kota Bharu pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat