Ketua Wanita PKR Johor Bantah MUDA Tanding DUN Puteri Wangsa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis membantah tindakan Pakatan Harapan (PH) menerusi Amanah menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Menerusi ciapan di Twitternya semalam, pemimpin PKR itu meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan tersebut kerana pada awalnya PKR memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di kerusi kubu kuat PH itu dalam PRN Johor.

Napsiah berkata apabila PKR menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi Amanah beliau akur kerana taat pada arahan parti demi kesepakatan PH.

“Amanah gadai Puteri Wangsa kepada MUDA. Saya cuba berlapang dada apabila kerusi ini diberikan kepada Amanah atas kesepakatan rakan lama dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya sudah siapkan jentera-jentera untuk calon Amanah, tapi Amanah dengan mudah berikan kerusi ini kepada Muda?

“Saya nak tempat ini untuk KEADILAN (PKR) kerana saya yakin hanya KEADILAN yang boleh menjaga Puteri Wangsa ini.

“Siapa pon calon mesti dari KEADILAN atau kalau tak boleh juga boleh saje dari DAP atau AMANAH.

“Apabila perlu diberi kepada AMANAH… atas sikap profesional dan taat pada arahan parti.. saya terima dan susun sebaiknya,” katanya.

Menurutnya lagi, selepas kerajaan PH tumbang, hanya PKR yang berusaha memulihkan kepercayaan pengundi kepada PH di kawasan tersebut, namun tindakan Amanah menyerahkan kerusi itu kepada MUDA ibarat satu pengkhianatan.

“Kerana selepas Sheraton Move hanya team KEADILAN yang bersungguh2 pulihkan keadaan di Puteriwangsa. Kami bina semula kepercayaan rakyat.

“Apabila AMANAH berikan kepada MUDA.. Pada saya ini adalah pengkhianatan kepercayaan yang akar umbi berikan.

“Dun ini menang majoriti 24 ribu ,, mudahnya memberi kerusi yang paling berharga di Johor kepada satu parti yang belum pasti kesetiaan nya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat