Pemimpin Wanita PKR Kesal Dituduh Gila Selepas Lapor Polis Kes Gangguan Seksual Adun PH

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Biro Wanita Muda PKR Terengganu, Yuslaini Azmi meminta agar serangan terhadapnya oleh pihak tertentu dihentikan berikutan laporan polis yang dibuatnya terhadap seorang Adun Pakatan Harapan (PH) berkaitan gangguan seksual pada Mac tahun lalu.

Memetik laporan Malaysiakini, Yuslaini berkata, sebelum ini, dia cuba mengunci mulut daripada mengulas kes itu memandangkan ia melibatkan seorang Adun Amanah, yang juga rakan dalam gabungan PH.

“Sejujurnya saya cuba mengunci mulut dan tidak bercakap soal ini memandangkan kami berada dalam blok pembangkang dan saya tidak mahu ia dijadikan senjata untuk mengapi-apikan situasi kami.

“Namun begitu, saya sangat kesal sepanjang saya mendiamkan diri, saya dituduh dengan pelbagai perkara termasuklah “gila”, “cuba menggoda lelaki orang” dan sebagainya,” katanya.

Yuslaini menegaskan Adun Permatang Pasir tersebut, Muhammad Faiz Fadzil telah didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam semenjak 9 Jun tahun lalu dan kes ini juga masih dalam perbicaraan, katanya dalam laporan portal itu.

“Saya minta rakan-rakan koalisi parti memberi ruang dan berhenti memburukkan imej saya dengan melabel pelbagai perkara buruk dengan bertujuan untuk mengganggu psikologi dan emosi saya.

“Saya harap individu tertentu yang melakukan perkara ini berhenti mengganggu hidup saya dan kawan-kawan saya dengan menyampaikan berita palsu tentang diri saya,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, Muhammad Faiz Fadzil dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun pada 8 Mac tahun lalu.

Menurut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku antara jam 9.45 malam dan 11.30 malam ketika mereka berdua berada di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari pusat membeli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya.

Faiz pada Jun tahun lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan serangan seksual di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, atau dan sebatan, atau dua daripada tiga hukuman tersebut.

Mengulas lanjut, pemimpin wanita muda PKR itu turut meluahkan rasa kesal apabila isu kesihatan mental dirinya dijadikan alat untuk menyerangnya “habis-habisan” di dalam talian mahupun di luar media sosial.

“Benarkan kes ini berjalan sehabis baik tanpa serangan terbuka terhadap diri saya. Saya yakin jika kita berada di pihak yang benar serangan seperti ini tidak diperlukan dan menghormati perjalanan mahkamah,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat