Syed Saddiq Temu Anwar Selepas Tersilap Bidas Adun PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau telah dikunjungi Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada pagi hari ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, Anwar berkata beliau menerima kunjungan Ahli Parlimen Muar itu di pejabatnya hari ini.

“Pagi tadi saya dikunjungi Presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pejabat.

“Kami berbincang soal masa depan dan perihal pembangunan anak muda di negara ini.

“Kami juga turut menyentuh tentang strategi dan perjalanan Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Pertemuan itu berlaku selepas dua hari lalu, Syed Saddiq ‘tersilap’ mengkritik dan membidas peranan Adun bagi kawasan DUN Ulu Tiram, Johor yang diwakili PKR.

“Komuniti India di Ulu Tiram mengadu, pimpinan di sini tidak ambil endah kebajikan rakyat. Dipilih oleh rakyat, dapat peruntukan tapi amanah rakyat dibuang.

“Bantuan yang sepatutnya rakyat dapat tidak sampai, tak bertanggungjawab,” kata Syed Saddiq menerusi satu kenyataan di Facebook pada Sabtu, sebelum bertindak memadamnya dan digantikan dengan kenyataan baru yang meminta maaf kerana merendahkan peranan Adun PKR.

“Saya akui posting lawatan saya ke Ulu Tiram telah merendahkan tugas dan tanggungjawab yang dibuat oleh rakan Adun PKR.

“Atas semangat kebersamaan bersama rakan PKR, saya memohon maaf atas kekhilafan yang dibuat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat