Pejuang Wajibkan Calon Ambil Ujian Psikometrik Anti-Rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang mewajibkan semua calon yang berpotensi bertanding atas tiket parti itu untuk menjalani Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) yang disarankan oleh pihak #RasuahBusters.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan, melalui ujian ini, Parti Pejuang dapat memastikan calon- calon yang dihantar adalah calon-calon yang bersih, tidak terlibat dengan rasuah serta mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi berbanding calon-calon lain.

“Ujian ini juga merupakan komitmen Pejuang untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dalam pada masa yang sama menzahirkan hasrat Pejuang untuk mengubah nasib bangsa dan negara dengan menjamin masa depan yang bebas rasuah , berintegriti serta mengembalikan kegemilangan Malaysia yang tercinta,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mukhriz memaklumkan teras perjuangan Pejuang adalah prinsip menolak dan memerangi rasuah.

Menurut beliau, ini merupakan keutamaan dan prinsip yang menjadi jati diri dan budaya bagi setiap ahli Parti Pejuang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat