Malaysia sumbang RM1 juta kepada Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta menerusi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyaluran bantuan itu adalah sebagai tindakan segera kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

“Sebagai tanda solidariti saya menyeru Ahli Yang Berhormat yang berada di luar dan dalam dewan ini untuk turut sama-sama menghulurkan sumbangan dalam tabung yang telah disediakan di luar dewan atas persetujuan Speaker.

“Saya harap tabung itu dapat diisi dan (hasil kutipan itu) kita serahkan kepada Kementerian Luar,” katanya ketika menggulung usul berhubung perkembangan semasa konflik Palestin-Israel di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, kerajaan akan terus memudah cara urusan penyaluran bantuan kepada rakyat Palestin dengan segera.

Beliau juga menyarankan semua pihak menggunakan #SolidarityForPalestine di media sosial masing-masing.

“Insya-Allah hari Jumaat ini kita tidak memerlukan mana-mana parti politik atau mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan menyokong Palestin.

“Kita semua bersama-sama untuk turun bagi mendukung perhimpunan Palestin,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat