KM Sabah Sah Positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilaporkan sebagai positif COVID-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth, sini.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh melalui satu kenyataan ringkas sebentar tadi.

“Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

“Hajiji kini menjalani rawatan di QEH bagi rawatan lanjut dan kesihatannya baik serta stabil,” katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat.

Tambah Effendi, walaupun sedang menjalani rawatan, Hajiji masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video selain pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

“Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa. Beliau mengajar seluruh rakyat Sabah bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada Covid-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat