Tiada ‘Captain America’ boleh ubah politik negara, UMNO, PAS mesti teguh bersama – Nik Abduh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO dan PAS harus teguh bersama untuk mengubah politik negara,” seru Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, nampaknya tekanan politik ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berlaku walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu telah jatuh.

Nik Abduh berkata demikian mengulas kenyataan terbaru oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang semalam, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) juga telah gagal membebaskan SPRM daripada cengkaman politik.

“Tiada anjakan baru yang boleh dibanggakan.Ya, tiada ‘captain america’ untuk mengubah politik negara. Ia bukan juga dengan buang semua yang tua dan ambil yang muda semuanya.

“Ia bukan seperti mengubah syarikat dan institusi yang besar atau kecil. Ia hakikatnya adalah penerusan kepada agenda pembangunan sebuah negara dan umat ke arah kejayaan tertinggi,” ujarnya.

Nik Abduh menegaskan, ia bermula dengan perubahan minda yang berkembang dan membentuk majoriti dan kekuatan.

“Ia menuntut kesabaran, keyakinan dan optimistik. Ia berdikit-dikit tanpa henti.

“Justeru enjin sebenar adalah rasa takut dan taqwa kepada Allah. Ia amat kuat untuk meneguhkan sebuah perubahan yang besar buat negara. Jika tidak, kita akan terus dijamu dan digegerkan dengan laungan akauntabiliti, integriti, ketelusan dan pelbagai istilah lagi yang hanya berputar pada roda retorik orang-orang politik.

“Yang berkuasa akan terus menggunakan kuasanya untuk membunuh lawannya yang mencabar. Mereka akan meneruskan aksi lama lawan yang mereka kalahkan,” kata Nik Abduh lagi.

Justeru bagaimana soal beliau, maka katanya bersatu, yakni satukan umat yang sudah lama bercakaran.

Menurutnya dalam kesatuan itu, cetuskan rasa sedar dan cambahkan bibit keberanian untuk saling beramanah dan berubah.

“Kebersamaan adalah kemestian.Iman saya, UMNO dan PAS harus bersama. Bukan saling unjuk kekuatan. Bahkan saling menghulur sumbangan masing-masing demi kejayaan negara.

“Muafakat Nasional (MN) masih amat muda. Jangan perlakukannya seperti Ronaldo, Lukaku dan Salah untuk terus menyumbat,” kata beliau.

Semalam, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang tegas memandang serius isu penarikan semula kes-kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung.

Kata beliau, LPPR tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti SPRM.

Abu Zahar berkata, sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.

Justeru, beliau menegaskan, pihaknya dan kesemua ahli jawatan kuasa LPPR SPRM tidak mahu agensi itu dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu, kita tidak mahu terus berulang. Prinsip Check and Balance yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab serta penuh integriti,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat