Tahniah Labuan 100 peratus populasi dewasa telah divaksin – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 100 peratus populasi dewasa di Wilayah Persekutuan Labuan telah divaksin.

“Alhamdullilah, pada 7 September 2021 100 peratus populasi dewasa di Wilayah Persekutuan Labuan telah divaksinasi penuh di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Strategi kerajaan dalam mempertingkatkan kadar vaksinasi ketika kes meningkat di Labuan sekitar Mei dan Jun lalu terbukti berkesan apabila Labuan berjaya mencatatkan penurunan kemasukan pesakit COVID-19 di hospital selain pengurangan penggunaan katil ICU dan ventilator,” ujar Muhyiddin.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, sepertimana yang kita semua maklum, Labuan merupakan wilayah pertama yang berjaya beralih ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Warga Labuan kini dapat menikmati kelonggaran di semua sektor ekonomi dan sosial tertakluk kepada SOP dalam norma baharu,” kata beliau.

Muhyiddin memberitahu lagi, pencapaian
ini sememangnya tidak dapat dicapai tanpa kerja keras Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), ditambah kerjasama erat kesemua agensi kerajaan, Majlis Perwakilan Penduduk serta rakyat Labuan.

“Kejayaan Labuan memberi suntikan vaksinasi kepada lebih 68,500 penduduk dewasa di wilayah itu merupakan pencapaian yang membanggakan dan memberi inspirasi kepada kita semua dalam perang menentang COVID-19. Ini membuktikan bahawa usaha dan perancangan Kerajaan dalam “roll-out” PICK kini mula menunjukkan hasil.

“Berkat usaha semua pihak baik kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan juga rakyat, saya percaya Malaysia akan terus berada di landasan yang tepat dalam mencapai imuniti kelompok, sekali gus memulihkan ekonomi negara.

“Tahniah kepada penduduk Labuan. Terus patuhi SOP dan teruskan kawalan risiko kendiri untuk memastikan penularan wabak COVID-19 sentiasa terkawal. Insya-Allah, saya yakin negeri-negeri lain juga akan dapat mencapai kejayaan ini dalam masa terdekat,” ucap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Tambah beliau, Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pula akan beralih ke Fasa 2 bermula Jumaat ini.

“Dengan kelonggaran yang diberikan ini, saya ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Mari kita terus berusaha dan berdoa agar #KeluargaMalaysia terus berjaya dalam perang menentang COVID-19,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat