Keadilan Untuk Zara Qairina Tuntutan Bersama – Hajiji

CYBERJAYA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa keadilan untuk pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, adalah tuntutan bersama yang merentasi sempadan negeri dan negara.

Beliau berkata, kes kematian Zara bukan sahaja menyentuh hati rakyat Sabah, malah turut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia, termasuk dari negara jiran.

“Ini jelas menunjukkan bahawa keadilan untuk adik Zara Qairina adalah tuntutan bersama yang merentasi sempadan dan perbezaan.

“Kita meletakkan keyakinan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan secara telus dan menyeluruh supaya keadilan dapat ditegakkan buat Zara Qairina dan keluarganya,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Hajiji turut menyeru semua pihak supaya bertenang, tidak terpengaruh dengan spekulasi, serta memberi ruang dan kepercayaan kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

Beliau menyambut baik kenyataan terkini Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengeluarkan arahan lanjut berhubung kes kematian Zara.

Semalam, AGC mengarahkan pihak berkuasa menggali semula jenazah Zara yang sebelum ini dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Menurut AGC, langkah itu adalah sebahagian daripada arahan bagi memastikan siasatan yang lebih menyeluruh, termasuk membolehkan prosedur bedah siasat dilakukan terhadap jenazah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat