Rakyat Kelantan dah jemu dengan air karat – Mohamad Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan dikatakan sudah jemu berdepan masalah air karat yang bertahun-tahun membelenggu negeri itu.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian apabila menyaksikan gelombang sambutan rakyat Kelantan yang menghadiri siri-siri ceramah Kerajaan Perpaduan.

“Kita buat tiga, empat tempat ceramah di Kelantan semua mendapat sambutan yang begitu baik daripada rakyat Kelantan
sebab mereka dah jemu dengan air karat yang sudah berada di situ bertahun-tahun tanpa ada penyelesaian di peringkat negeri.

“Perdana Menteri kita seorang yang pemurah hati, dia tak kira negeri itu sama ada diperintah oleh pembangkang atau diperintah kerajaan yang sama macam Persekutuan peruntukan tetap diberi.

“Di Kelantan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan untuk memperbaiki bekalan air diluluskan RM500 juta, ini negeri pembangkang tetapi wang itu akan dimonitor, dijaga oleh Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri,” kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika Jelajah Perpaduan Madani di Stadium Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.

Tegas Mohamad, Kerajaan Persekutuan memantau penggunaan wang yang diperuntukkan kepada Kelantan kerana bimbang ia akan disalah guna.

“Sebab kalau kita bagi seketul begitu sahaja bahaya, takut dia beli kereta Mercedes dulu.

“Masa kami PH memerintah awal dulu, Menteri Kewangan waktu itu Lim Guan Eng dalam Kabinet kita bersetuju nak beri RM400 juta kepada Kelantan untuk membantu kerajaan negeri itu membuat prasarana kepada rakyat apa yang berlaku? Dia beli 14 buah Mercedes dulu.

“Ha kali no (tak boleh), kita jaga supaya wang itu dibelanjakan dengan betul, nak beli kemudian kalau ada duit sendiri beli lah apa kamu nak beli, belilah kereta api pun takpa,” bidas Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat