Jangan sampai 47 kes rasuah, jenayah Zahid digugurkan – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika benar 47 kes rasuah dan jenayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digugurkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, maka kes ini akan menjadi aib kedua terbesar buat negara selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin mengingatkan Kerajaan Perpaduan bahawa rakyat sedang memerhati.

“Melihat kepada senario kerajaan semasa, jangkaan ini besar mungkin akan berlaku dan bakal menjadi satu sejarah hitam buat Malaysia. Sejak 2018, pelbagai cubaan untuk melengahkan dan menghentikan kes rasuah dan jenayah yang melibatkan Presiden Umno ini.

“Beliau begitu terdesak sehingga sebelum ini pernah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang campur tangan untuk menggugurkan kes beliau. Semestinya permohonan ini ditolak. Zahid juga tidak dilantik memegang sebarang jawatan di dalam Kerajaan Persekutuan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut.

Tambah Khairil Nizam, kini di era Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani Zahid diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Zahid diberi semula pasport antarabangsa dan pasport diplomatik secara kekal. Zahid dapat kekal sebagai Presiden Umno walaupun melanggar Perlembagaan parti.

“Zahid dapat menangguhkan perbicaraan 47 kes rasuah dan jenayah beliau. Apa yang menarik ialah pada Januari 2023, Zahid telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan yang dihadapinya.

“Terbaru, status Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang telah mengajukan soalan bertalu-talu kepada Zahid semasa perbicaraan kes Zahid sebelum ini menjadi tanda tanya kepada ramai pihak sama ada beliau telah disingkirkan dari pasukan pendakwaan atau telah diganti. Ketika ditanya oleh wartawan NST berkenaan status Raja Rozela, salah seorang peguam dalam pasukan pendakwaan hanya berkata, “Saya tidak dapat pastikan sama ada Raja Rozela dibuang secara kekal daripada kes itu”, katanya.

Malang sungguh Malaysia jika benar ia berlaku, ujar beliau.

“Bukankah memang menjadi tugas pasukan pendakwa raya untuk melaksanakan pendakwaan berdasarkan lunas undang-undang? soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat