Pemimpin PAS Miliki Pengetahuan Rendah Mengenai Akta Anti-Lompat Parti – Wan Rosdy

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya ramai Ahli Parlimen kerajaan termasuk dari Sabah dan Sarawak “menunggu masa” untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) menunjukkan tahap pemikiran dan pengetahuan pemimpin PAS itu yang rendah, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Memetik laporan FMT, Wan Rosdy berkata, bukan mudah untuk wakil rakyat seperti Ahli Parlimen atau Adun melompat parti kerana adanya Akta Anti-Lompat Parti dan perjanjian dengan parti.

“Sebab itu saya kata pimpinan PAS ini, dia punya pengetahuan berbanding BN jauh rendah.

“Sejak tahun 80-an sampai sekarang modal dia apa….undi PAS masuk syurga. Hari ini masih guna benda sama,” katanya.

Terdahulu, Hadi dilaporkan mendakwa terdapat sebilangan Ahli Parlimen kerajaan perpaduan “menunggu” PN memenangi PRN enam negeri 12 Ogos ini sebelum menyatakan sokongan kepada gabungan pembangkang itu.

Hadi mendakwa dengan sokongan Ahli Parlimen tersebut termasuk dari Sabah dan Sarawak, PN mampu menukar kerajaan persekutuan yang kini diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menyifatkan dakwaan ramai ahli UMNO keluar parti kerana tidak bersetuju dengan kerjasama antara Pakatan Harapan dan BN hanya gembar-gembur sahaja.

Katanya, ahli UMNO yang keluar parti tidak ramai seperti yang didakwa.

“Mereka pun ada yang sudah keluar parti, ada juga yang ingin berpatah balik kepada parti…sebab masa keluar parti, mereka tidak faham kerajaan perpaduan terutama bersama DAP,” katanya.

Menteri besar Pahang itu juga berkata, ahli UMNOo tidak perlu ragu-ragu dengan kerjasama parti dalam kerajaan perpaduan.

“Ini kerana selama sembilan bulan, kerajaan perpaduan ditadbir dan diurus dengan terbaik bawah perdana menteri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat