19 Kerusi Dalam Genggaman, PH-BN Kedah Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Baharu – Mahfuz

- Advertisement -

ALOR SETAR — Gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berkeyakinan memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memerlukan 3 lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata tiga kerusi tambahan itu akan membolehkan PH-BN mendapat majoriti mudah.

Menurutnya, dengan memperolehi 19 kerusi tersebut PH-BN mampu mempersembahkan calon Menteri Besar baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah.

“Saya masih berkeyakinan bahawa 16 kerusi sudah dalam genggaman kami, kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi, saya penuh yakin tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini.

“Saya tak boleh sebut tiga kerusi itu di mana, itu rahsia dan kita tak mahu mengganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil,” katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismai Salleh dan Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew.

Mahfuz berkata, seandainya gabungan PH-BN dapat memenangi lebih 19 kerusi, ia dikira sebagai bonus.

“Kita sedang usaha lonjak untuk dapat satu jumlah yang selesa, sebab kalau menang lebih daripada 19 kerusi, saya anggap itu satu bonus.

“Kita tak perlu untuk kejar kepada satu jumlah yang sukar bagi kita untuk bergerak, jadi kita bergerak hanya untuk tiga kerusi kerana 16 kerusi sudah ada, majoriti mudah (19 kerusi) itu sudah ada,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat