Nikmati hutan hujan

- Advertisement -

Puas! Itu yang dapat penulis gambarkan saat berada di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang sempena cuti hujung minggu baru-baru ini.

Terletak tidak jauh dari Gua Musang iaitu kira-kira 40 minit perjalanan. Penulis bertolak sekitar jam 10.30 pagi bersama suami dan empat anak berusia tiga hingga 10 tahun.

Lebih menyeronokkan apabila kunjungan ini turut disertai rakan bersama keluarganya menjadikan rombongan ini seramai 15 orang.

Apabila sampai di Taman Negara Sungai Relau, pengunjung perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan dikenakan bayaran RM1 sahaja untuk seorang, bayaran dikecualikan kepada kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah.

Pengunjung juga dikenakan bayaran RM5 bagi sebuah telefon untuk mengambil gambar di jambatan besi.

Difahamkan untuk naik ke jambatan besi yang merentasi kawasan hutan Taman Negara adalah percuma sehingga September depan. Jadi, nasihat penulis, rebut peluang ini.

Keseluruhan panjang jambatan besi adalah sepanjang 800 meter dan ada lima menara selain syarat menyeberangi jambatan itu, anda perlu berkasut.

Jadi, pastikan anda bersedia dengan kasut masing-masing termasuk kanak-kanak.

 

JAMBATAN besi selamat dikunjungi pelbagai peringkat umur dan menjadi tempat pilihan untuk beriadah.
JAMBATAN besi selamat dikunjungi pelbagai peringkat umur dan menjadi tempat pilihan untuk beriadah.

 

Puncak menara tertinggi adalah dengan ketinggian 32 meter dan pastinya pemandangan daripada atas adalah sangat menarik.

Keterujaan anak-anak jelas terpancar apabila saat pertama kali sampai ke pintu masuk jambatan besi, si kecil yang sangat aktif melompat dan berlari-lari di atasnya.

Berjalan menyusuri hutan hujan dan dijamu dengan pemandangan hijau di kiri kanan ia begitu tenang serta mendamaikan apatah lagi apabila bersama keluarga tersayang.

Tidak hanya memberi pengalaman merentasi hutan hujan, tetapi juga pelbagai info berkenaan haiwan dan jenis pokok yang terdapat dalam hutan taman negara disertakan sepanjang perjalanan.

Berada di puncak tertinggi dengan ketinggian 32 meter, penulis sangat teruja kerana berpeluang menyaksikan panorama alam yang sangat mendamaikan.

 

PADA jambatan besi disediakan info berkaitan pelbagai tumbuhan dan haiwan.
PADA jambatan besi disediakan info berkaitan pelbagai tumbuhan dan haiwan.

 

Hampir satu jam kami berada di jambatan besi menikmati suasana hutan hujan dan mengambil gambar kenang-kenangan kini tiba aktiviti mandi sungai.

Dalam sungai sudah ramai pengunjung mandi bersama keluarga dan rakan.

Sejuk dan jernihnya air Sungai Relau memberi satu rasa berbeza buat kami dan pastinya mencipta pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Melihat keseronokan anak-anak mandi sungai membuatkan penulis puas dan kunjungan ke Taman Negara Sungai Relau adalah berbaloi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat