KJ ingatkan Hannah jangan jadi ‘dog whistle’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mengingatkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh supaya tidak meneruskan kempen pilihan raya dengan taktik ‘dog whistle’

Dalam bahasa sains politik moden, istilah ‘dog whistle’ adalah bahasa yang tersirat yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang menjadi ancaman kepada kumpulan lain.

Khairy mengkritik Hannah yang menyatakan bahawa orang bukan Islam takut kepada PAS kerana Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang bukannya gelombang hijau.

“Selepas melakukan ‘dog whistle’ terhadap gelombang hijau kini beralih kepada Hadi atau Menteri Besar PAS.

“Kenyataan pandangan Hadi mungkin bermasalah tetapi ‘dog whistle’ in sama konotasinya dengan “jangan undi PH sebab DAP, Kit Siang atau Guan Eng,” tegas Khairy mengingatkan Hannah yang juga Naib Pengerusi Wanita DAP di instagramnya pada Rabu.

Khairy merujuk ucapan Hannah yang menyatakan usaha menukar Menteri Besar Selangor kepada PAS dan menyingkirkan PH dalam pilihan raya negeri nanti akan jadi adalah satu tindakan menghukum diri sendiri dan hukuman terhadap anak serta cucu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat