Projek Lembu Tenusu skala besar di Chuping kurangkan defisit perdagangan makanan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangunan Projek Lembu Tenusu berskala besar di Chuping, Perlis melibatkan pelaburan sehingga RM4.5 bilion merangkumi penanaman makanan ternakan lembu tenusu, penghasilan dan pemprosesan susu segar, operasi pembungkusan serta pengedaran produk tenusu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek ini juga dijangka mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia dan bakal menggalakkan pembangunan industri penghasilan susu segar domestik.

“InsyaAllah, projek ini juga meningkatkan tahap sara diri (SSL) negara mengeluarkan susu cecair dan segar sekali gus mengurangkan defisit perdagangan makanan negara dan tekanan kos produk tenusu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ismail Sabri memaklumkan, susulan lawatan rasmi beliau ke Qatar pada bulan Mac lalu, Malaysia merealisasikan komitmennya membangunkan projek ladang tenusu integrasi di Malaysia.

“Ketika perasmian MAHA, saya telah menyaksikan Permeteraian Perjanjian Usahasama (JVA) antara FGV, Baladna dan TOUCH Group Holdings Sdn Bhd (TOUCH),” katanya.

Sebelum ini dilaporkan projek ini akan dilaksanakan melalui usaha sama di antara syarikat pembekalan makanan dan produk tenusu dari Qatar, Kumpulan Baladna Food Industries (Baladna) dengan FGV Holdings Bhd dan FELCRA Bhd.

Kerjasama strategik antara Baladna, FGV dan Felcra Bhd membabitkan pelaburan sebanyak RM2.1 bilion (US$500 juta) bagi pembangunan projek tenusu berskala besar di Chuping, Perlis.

Manakala Baladna juga bersetuju untuk menambah pelaburan sebanyak RM2.1 bilion (US$500 juta) lagi bagi pembangunan projek tenusu di Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat