Azizulhasni Selamat Tiba Di Malaysia

- Advertisement -

SEPANG – Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo selamat tiba di tanah air, sebentar tadi.

Pelumba berusia 33 tahun itu yang diberi julukan The Pocket Rocketman bersama kumpulan akhir kontinjen negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.20 petang dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH071.

Turut bersama Azizulhasni ialah rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan ratu terjun, Pandelela Rinong.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menaiki penerbangan yang sama selain Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Ketibaan kumpulan akhir kontinjen negara dari Tokyo hari ini disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M Noor Azman Taib.

Semua yang tiba hari ini akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada Sukan Olimpik Tokyo kali ini, kontinjen Malaysia meraih satu perak dan satu gangsa sekali gus mengulangi pencapaian kedua terbaik sepanjang penyertaan di temasya terbesar dunia itu selepas edisi 1996 di Atlanta dan 2012 di London.

Di Tokyo, Azizulhasni meraih perak dalam acara keirin manakala gangsa disumbangkan beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat