Pertahan Pendirian, Malaysia Bukan Negara Islam Tegas Aishah

- Advertisement -

Cyberjaya – Aktivis wanita, Asiah Abdul Jalil bertegas untuk mempertahankan pendirianya bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam.

Asiah yang juga merupakan pengamal undang-undang turut berkata, isu mengenai perkara tersebut telah diputuskan Mahkamah Persekutuan.

“Malaysia ialah negara sekular (dan) bukan negara Islam. Pernah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya bercakap berdasarkan undang-undang,” ujarnya melalui satu muatnaik di laman Facebooknya.

Dia secara sinis turut menyindir parti PAS yang disifatkan cuba mengunakan pihak polis untuk menangkapnya.

“Sekarang ni PAS dah jadi kerajaan, geng-geng lebai ingat, bolehlah kot nak ugut-ugut tangkap saya.

“Saya telah menyatakan dan saya tegas mengulangi bahawa, Malaysia ialah negara sekular, bukan negara Islam.

“Geng-geng lebai nak viralkan statement saya, kengkonon nak suruh polis bertindak. Boleh blah,” tegasnya lagi.

Terdahulu SuaraTV melaporkan kenyataannya, menyifatkan negara yang dipimpin oleh orang bukan Islam jauh lebih baik dalam soal menjaga kebajikan sosial berbanding negara Islam.

Rujuk:Malaysia Negara Sekular, Bukan Islam Kata Asiah

Ekoran kenyataan tersebut, Aishah mendakwa telah dihujani dengan pelbagai pesanan berbaur kebencian hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan pandangannya.

“Banyak-banyak mesej maki hamun yang saya terima hari ni, saya pilih yang ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan Facebook saya.

“Maaflah kalau yang lain-lain tu saya tak sempat layan. Bukannya dapat duit pun kalau saya layan korang,” bidasnya lagi sambil memuatnaik tangkap layar perbualannya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat