Tiga pihak minat beli TRW

Anakanda Sultan Brunei Mangkat

BRUNEI - Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini. Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu...

Najib Persoal Langkah Jual FGV Ketika Syarikat Itu Diambang Keuntungan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada...

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Bantuan BPN 2.0 Fasa Pertama Dipercepatkan, Keutamaan Golongan B40

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu 19 Oktober lalu. Sebelum itu ia dijadualkan pada 26...

UMNO Yakin Agong & Majlis Raja-Raja Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat

SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk...

SKUAD The Red Warriors (TRW) kini menjadi pasukan pilihan umpama goreng pisang panas apabila tampil tiga calon baharu untuk bersaing mendapatkan pasukan itu, lapor Harian Metro.

Perkembangan terbaharu itu nyata melegakan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) yang kini bergelut mencari pembeli untuk membantu meringankan beban pasukan, sekali gus melengkapkan proses penswastaan skuad Cik Siti Wan Kembang itu.

Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman berkata, tiga calon baharu menghubungi Kafa dan menyatakan minat membeli pasukan Kelantan seperti nilai ditetapkan sebelum ini.

Daripada tiga calon berkenaan, satu daripadanya usahawan burger dan pemilik rangkaian hotel, Norizam Tukirman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

“Betul, memang ada tiga pihak menyatakan minat kepada kami. Selepas Wan Kamal, nampaknya ramai juga berminat nak membeli pasukan.

“Kami akan berunding dengan mereka dan syarat pembelian sama seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

Tiga pihak yang berminat itu tampil setelah Wan Kamal Wan Napi menarik diri untuk membeli skuad TRW kerana tidak berpuashati dengan bayaran royalti RM1 juta setahun.

Pada mesyuarat khas Rabu lalu, Kafa menetapkan tanda harga RM3 juta buat mana-mana pihak yang berhasrat membeli Kelantan FC serta bayaran royalti RM1 juta setahun.

Selain itu, keuntungan jualan tiket perlawanan, jersi, cenderamata dan geran tahunan Liga Malaysia adalah hak pemilik pasukan.

HUssin berkata, isu royalti dibangkitkan Wan Kamal berkenaan campur tangan pihak Kafa dalam pengurusan pasukan tidak tepat kerana pemilik baharu ada kuasa penuh kepada pasukan.

“Sebab itu kita nak cari pembeli apabila pemilik baru itu ada 100 peratus saham dalam pasukan. Bayaran royalti itu hanya untuk Kafa bergerak melakukan pembangunan bola sepak di peringkat negeri.

“Jika nilai RM1 juta setahun itu tinggi, kami boleh bincang lagi. Sekarang kami terbuka untuk berbincang dengan pembeli lain demi kebaikan pasukan dan pemilik baharu,” katanya.

Hussin tetap berharap agar Wan Kamal dapat membuat pusingan U dan memikirkan semula keputusannya itu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan

Ancelotti Kekal Pilih Pickford

London: Pengurus Everton, Carlo Ancelotti berkata, Jordan Pickford tidak akan diketepikan selepas melalui minggu kontroversi berikutan insiden mengasari pemain Liverpool, Virgil van Dijk yang...

Pele Genap Usia 80 Tahun Hari Ini

SAO PAULO: Dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele akan menyambut ulang tahunnya yang ke-80 esok. Berkurung di kediamannya di sini kerana pandemik...

Liverpool Sahkan Kecederaan Van Dijk

LONDON: Usaha Liverpool mempertahankan gelaran Liga Perdana menerima ancaman semalam apabila kelab berkenaan mengesahkan pertahanan utama, Virgil van Dijk cedera ligamen lutut di sebalik...