Malaysia Negara Sekular, Bukan Islam Kata Asiah

- Advertisement -

Cyberjaya – Aktivis wanita, Asiah Abdul Jalil menyifatkan Malaysia bukan merupakan sebuah negara Islam seperti yang sering digembar-gemburkan sebelum ini.

Asiah melalui laman Facebook sebentar tadi berkata kenyataan tersebut berdasarkan bantuan sosial yang diterima oleh anak luar nikah.

“Kerajaan sekular jauh lebih ihsan berbanding kerajaan lebai. Sebab tu social benefit di negara kafir jauh lebih baik berbanding di negara Islam.

“Malaysia ni negara sekular, sebab tu ibu tunggal (yang) ada anak luar nikah pun layak dapat bantuan.

“Kalau Malaysia ni negara Islam, ibu tunggal ada anak luar nikah dah kena sebat 100 kali (kalau) ikut hukum hudud. Eh, apa cerita RUU 355? sindirnya.

Terdahulu rakan Asiah, Nora Jane Hope memuatnaik keratan gambar berhubung bantuan khas kerajaan terhadap ibu tunggal.

Nora juga secara sinis meminta golongan ibu tunggal agar tidak memaklumkan mengenai penjagaan anak tidak sah taraf jika tidak mahu dihumban ke dalam neraka.

“Untuk maklumat dan sebarkan kepada yang anda tahu disekeliling anda.

“Yang saya highlight kuning pun layak dapat. Jangan bagi tahu orang agama atau geng lebai saja awak menyara anak yang tak sah taraf, nanti depa sumbat dalam neraka jahanam.

Nora turut membidas ahli politik PAS yang di dakwa telah merosakkan suasana aman di negara ini.

“Disamping isu politik bodoh yang kita hadapi, bersyukurlah Malaysia negara sekular yang aman damai penuh ihsan, lebai saja yang merosakkan mostly yang penganut agama PAS.

“Kepada ibu-ibu yang memiliki anak tidak sah taraf, anda kawan saya. Anda disayangi Allah kerana rahim anda pernah ditumpangi manusia,” tegasnya lagi.

Awal tahun lalu, badan bukan kerajaan (NGO) G25 menganjurkan sebuah forum berhubung laporan berjudul ‘Administration of Matters Pertaining to Islam’, yang menganggap Malaysia adalah negara sekular.

Forum tersebut kemudiannya menimbulkan perdebatan yang hangat di kalang masyarakat. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat