Simon Cowell Patah Belakang

- Advertisement -

MALIBU: Pengasas rancangan francais hiburan realiti terkenal ‘…. Got talent”, Simon Cowell telah dibawa ke hospital apabila patah pinggang dalam kemalangan ketika menguji basikal elektrik.

Mogul rancangan uji bakat itu sedang menguji sebuah basikal elektrik di halaman rumahnya disini ketika kemalangan itu berlaku.

Jurucakap bintang itu berusia 60 tahun itu, memberitahu The Hollywood Reporter bahawa dia sedang dirawat di hospital dan akan menjalani pembedahan hari ini.

“Simon jatuh dari basikalnya pada hari Sabtu petang ketika menguji basikal elektrik barunya di halaman rumahnya di Malibu bersama keluarganya,” kata seorang jurucakap.

“Dia sakit dibahagian belakang dan dibawa ke hospital. Keadaannya baik sahaja, sedang berada dalam pemerhatian dan berada di tangan yang terbaik.”

Mereka kemudian menambahkan: “Simon patah belakang dan akan menjalani pembedahan malam ini.”

Simon dijadualkan kembali untuk rakaman rancangan America’s Got Talent minggu depan yang tertangguh sejak Mac akibat wabak Covid-19, dengan siaran langsung pertama akan dirakam pada hari Selasa 11 Ogos

Simon, yang kelihatan kurus, mengatakan baru-baru ini dia mendapati berada dalam perintah berkurung sangat membantu dalam mematuhi peraturan makan sihatnya.

“Saya sedang memasak sedikit. Saya bersenam. Cukup lucu, lebih banyak lagi pada masa ini juga, mengikuti diet,” katanya kepada Extra.

“Satu-satunya perkara yang sukar adalah ketika Eric memesan pizza … Itulah perkara nombor satu yang saya terlepas.”

Simon telah menghabiskan masa sepanjang tempoh berkurung dengan kekasihnya Lauren Silverman dan anak lelaki mereka, Eric berusia enam tahun serta anak lelaki Lauren yang berusia 14 tahun, Adam dari hubungan sebelumnya – Daily Mirror

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat