PM terima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov yang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan yang diadakan di pejabat Anwar di bangunan Parlimen itu bagi membincangkan tindakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri ke Uzbekistan pada Mei lepas, termasuk keperluan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Saidov turut membincangkan keperluan bagi mengukuhkan kerjasama dua hala, terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi, industri minyak dan gas, sektor kesihatan, industri pelancongan, industri halal, serta kerjasama pelbagai hala antara ASEAN dan Uzbekistan,” katanya.

Anwar turut mengulangi jemputan kepada Presiden Shavkat Mirziyoyev untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat, menurut kenyataan itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat