Wan Junaidi Harap Usahawan Terjejas Covid-19, Kembali Pulih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap, perniagaan para usahawan di negara ini yang terjejas akibat pandemik Covid-19, akan kembali pulih dan seterusnya merancakkan lagi ekonomi negara.

Beliau membuat kenyataan itu dalam satu sesi dialog bersama golongan tersebut di Menara PNS disini.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara ini telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan tegas melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penyebarannya.

Walaupun perlaksanaan PKP terbukti berjaya membendung virus berkenaan dari terus merebak, ia bagaimanapun telah menjejaskan sektor ekonomi berikutan banyak premis perniagaan terpaksa ditutup dan pekerja tidak dibenarkan keluar bekerja.

Kerajaan bagaimanapun berusaha keras untuk memulih kembali keadaan tersebut dengan pelbagai langkah pemulihan ekonomi dan dalam masa yang sama, membantu para usahawan ini melalui pengenalan pelbagai skim dan pakej rangsangan seperti Penjana, Moratorium dan sebagainya.

Selesai sesi dialog tersebut, Wan Junaidi berkesempatan melawat beberapa outlet di menara berkenaan, termasuk merasai sendiri pengalaman membuat kopi di salah sebuah outlet yang terdapat disitu.

“Saya berpeluang mencuba sendiri pembuatan kopi dalam sesi “cupping” di outlet Gloria Jean’s Coffees”, kata beliau.

Gloria Jean’s Coffees adalah antara francais antarabangsa yang diuruskan oleh PNS.

Menggambarkan pengalamannya itu, Wan Junaidi berkata, “Terasa seperti seorang barista apabila saya dapat merasai sendiri pengalaman membuat kopi”.

Turut bersama dalam sesi berkenaan ialah Pengerusi PNS, YBhg. Datuk Hj. Zakaria Hj. Mohd Edris dan Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Encik Mohd Hilaluddin Abd Shukor.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat