Kes meningkat tetapi Indonesia bakal buka panggung wayang

- Advertisement -

Oleh: Muhammad Irfan

BAGI menyelamatkan sektor ekonominya, kerajaan Indonesi memutuskan untuk membuka semula beberapa sektor kesenian dan kebudayaan termasuk panggung wayang.

Menurut laporan Channel News Asia (CNA), kerajaan Indonesia memutuskan perkara berkenaan selepas pemilik panggung wayang bersetuju untuk mengamalkan normal baharu dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada penonton.

Antara perkara yang dipersetujui ialah jumlah penonton yang dibenarkan hanya separuh daripada jumlah tempat duduk.

Peraturan itu dikenakan bagi memastikan terdapat jarak sosial dikalangan penonton, di samping melakukan disinfeksi selepas setiap tayangan.

“Pengendali panggung wayang memerlukan masa dua hingga tiga minggu lagi kerana mereka perlu membuat persediaan,” kata Ketua Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Cucu Ahmad Kurnia.

Indonesia mencatatkan 1,853 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam pada Rabu, angka harian tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 68,079, manakala kes kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, Persatuan Pemilik Panggung Wayang Indonesia (GPBSI) memaklumkan ahli-ahli persatuan itu bersetuju untuk meneruskan operasi panggung wayang pada 29 Julai ini.

“Untuk itu kami mengharapkan operasi pembukaan semula panggung wayang ini akan berlangsung dengan sempurna dan menyumbang kembali kepada industri kreatif terutama industri filem tempatan,” kata GPBSI.

Sepanjang tempoh persediaan, para pemilik panggung wayang perlu melatih kakitangan mereka untuk melaksanakan SOP normal baharu sebelum pembukaan semula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat