CEO MSI Mati Jatuh Bangunan

- Advertisement -

TAIWAN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar komputer terkenal jenama MSI, Charles Chiang 56 tahun, ditemui mati selepas terjatuh dari bangunan syarikat tersebut semalam.

Beliau turut memegang jawatan Pengurus besar.

Punca kejadian tersebut bagaimanapun tidak didedahkan sekalipun ada khabar angin seseorang terdengar jeritan yang kuat sebelum kejadian itu berlaku.

Polis Taiwan masih menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Chiang adalah antara pemimpin yang dihormati dalam hieraki MSI. Sebelum dilantik sebagai CEO, Chiang telah memegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat tersebut sepanjang suku abad perkhidmatannya disitu.

Produk keluaran MSI, dianggap ramai pengguna sebagai hasil cetusan kreatif dan inovatif, setaraf kalau tidak lebih baik dari barat. Pada 2018, syarikat tersebut mengeluarkan antara siri komputer riba kategori ‘gaming’ paling ringan di dunia. – GS65 Stealth yang hanya seberat 1.8kg.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan rasmi merakam rasa sedih mereka terhadap kematian Chiang dan dalam masa yang sama, menghargai sumbangan Chiang terhadap kejayaan syarikat tersebut – Tom Hardware

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat