Saya Tuntut Dia Letak Jawatan, Bukannya Minta Jumpa Dia – Dr Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau hanya menuntut Ahli Parlimen Mersing dari PPBM, Dr Abdul Latiff Ahmad meletakkan jawatannya selepas Menteri Pembangunan Luar Bandar itu membuat kenyataan menghina UMNO.

Dr Asyraf berkata beliau tidak pernah meminta untuk bertemu dengan Abdul Latiff Ahmad, susulan kenyataan menteri itu yang berkata tiada keperluan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO.

“Oh ya ka! Bila saya minta untuk berjumpa? Yang saya tuntut YB kena letak jawatan (dan) Mersing dikembalikan kepada UMNO,” kata Dr Asyraf di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu media melaporkan Abdul Latif berkata beliau tidak bercadang berjumpa dengan Ketua Pemuda UMNO susulan kenyataan Dr Asyraf mendesak Ahli Parlimen Mersing itu meletakkan jawatan.

“Buat apa saya nak jumpa dia? Dia bukan presiden saya,” kata Abdul Latiff, dipetik dari laporan Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu Abdul Latiff mencetuskan kontroversi apabila mendakwa UMNO sudah tidak laku terutama di Sabah dan mendakwa ramai ahli parti itu yang telah menyertai PPBM.

Abdul Latiff yang yang memenangi kerusi Parlimen Mersing atas tiket BN itu melompat keluar dari UMNO dan menyertai PPBM selepas PRU14 itu bagaimanapun memohon maaf selepas kenyataannya dikecam ramai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat