Kutuk Al Jazeera, pengacara Bernama TV dikenakan tindakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengacara program bual bicara Bernama TV, Herleena Pahlavy, dikenakan tindakan tatatertib setelah menggelar stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera sebagai ‘Al Jahiliyah’.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, menerusi satu hantaran di twitter, Pengerusi Bernama Suhaimi Sulaiman telah mengambil tindakan terhadap pengacara tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan penggilan itu.

“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya.

Ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama Isnin lalu di , Herleena Pahlavy berkata: “Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Harleena mendakwa laporan Al Jazeera itu kurang beretika dan seterusnya menggelarkan stesyen tv itu sebagai Al Jahiliyah.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas atau mungkin etikanya kurang,” katanya.

Kejadian itu berlaku di tengah laporan Al Jazeera mengenai dakwaan penganiayaan pendatang di negara ini semasa wabak Covid-19, yang menimbulkan kemarahan kerajaan.

Polis telah memulakan siasatan terhadap wartawan terlibat dalam laporan itu manakala Jabatan Imigresen sedang menjejaki pendatang yang diwawancara di dalam dokumentari Al Jazeera.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menegaskan bahawa kerajaan tidak mendiskriminasi pekerja asing ketika wabak Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat